Kurator Berita : Bahagian Dakwah
BANGI, JUMAAT-AHAD, 9-11 SEPTEMBER 2022 – JAKIM melalui Cawangan Pengurusan Masjid Bahagian Dakwah dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid SeMalaysia (GAPEMAS) serta ILIM Kampus Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid Tahun 2022 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Bangi, Selangor bermula 9 September hingga 11 September 2022.

Kursus berjaya menghimpunkan peserta seramai 150 orang yang terdiri dari kalangan para pegawai serta kakitangan masjid kariah seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Objektif penganjuran kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini ialah untuk memberi pengetahuan-pengetahuan semasa yang berlaku di dalam negara di samping memperkasakan perkhidmatan Imam sebagai agen pendakwah. Antara pengisian kursus ini ialah penerangan amanah dan tanggungjawab seorang imam/ pegawai masjid oleh YBhg. Tuan Hasan Alfadhli Bin Abdul Rahman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Masjid Negara, isu berkaitan akidah semasa oleh YBhg. Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Keselamatan dan isu semasa negara oleh SAC Mohamad Mashdik Yahya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Standard Penarafan Masjid Malaysia oleh YBhg. Ustaz Kamarul Saman Bin Yaacub, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah.

YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee selaku Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah merasmikan Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid Tahun 2022. Turut hadir bersama YBhg. Haji Ruslan Bin Said Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM serta Yang Dipertua GAPEMAS, Tuan Haji Muhammad Mukhtar bin Hamzah.

Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid 1

Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid 2

Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid 3

Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid 5

Kursus Pengurusan Profesionalisme Pegawai Masjid 6