Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah berjaya melaksanakan Bengkel Semakan Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz pada 13 dan 14 September 2022 bertempat di Bilik Seminar Al-Bayyinah, Kompleks Islam Putrajaya.

Pelaksanaan bengkel ini dibimbing oleh Dr. Muhammad Hafiz bin Salleh, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang turut melibatkan penyertaan wakil Pihak Berkuasa Agama Negeri, Bahagian Pendidikan Islam KPM dan persatuan tahfiz. Ketua Penolong Pengarah BDKI, Puan Kasumawati Kasim turut mengalu-alukan kehadiran dan semangat kerjasama kesemua ahli bengkel yang komited menyemak draf Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz.

Secara ringkasnya, garis panduan ini memberi fokus kepada empat (4) aspek pengurusan iaitu pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, dan kokurikulum. Semoga objektifnya dapat dicapai dan usaha memperkemas pengurusan institusi tahfiz mendapat sokongan semua pihak.

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 1

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 2

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 3

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 4

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 5

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 6

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 7

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 11

Bengkel Semakan GP Pengurusan Institusi Tahfiz 12