Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 14 September 2022 yang lalu, Unit KAFA Daerah Pasir Mas telah mengadakan Bengkel Khat Daerah Pasir Mas bertempat di Bilik Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas Kelantan. Bengkel yang bermula jam 8.30 pagi ini melibatkan penyertaan seramai 30 Orang Guru KAFA Daerah Pasir Mas

Objektif bengkel ini adalah untuk Memantapkan penguasaan khat Guru-guru KAFA bagi melancarkan urusan pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan bengkel ini dapat membantu Guru-guru KAFA mampu menguasai teknik penulisan khat nasakh, raq'ah dan thuluth seterusnya melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran murid KAFA khususnya di daerah Pasir Mas Kelantan.

Bengkel Khat Guru KAFA Daerah Pasir Mas 1

Bengkel Khat Guru KAFA Daerah Pasir Mas 2

Bengkel Khat Guru KAFA Daerah Pasir Mas 3