Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lahad Datu, 3 September - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Lahad Datu, dengan kerjasama Felda Sahabat dan Pertubuhan KDMRS Muslim Lahad Datu telah menjayakan Program Wacana Ilmu Siri 1 (Pemahaman dan Pemantapan Akidah ASWJ) di Dewan Semai Bakti Anjung Teduh, FELDA Sahabat 2, Lahad Datu Sabah.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada komuniti di samping memberi pendedahan kepada masyarakat awam terutamanya golongan muallaf dalam menyantuni sasaran dilapangan. Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah pada program tersebut. ialah Ustaz Pangiran Mohd. Hanif bin Awang Omar daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Seramai hampir 300 orang yang hadir pada program tersebut yang juga turut menerima senaskah kitab suci al-Quran sumbangan daripada JAKIM Cawangan Sabah. Semoga program ini dapat diteruskan lagi secara berkala dengan kerjasama strategik daripada semua pihak agar menjadi pemangkin semangat dan sinar baru ke arah hijrah yang lebih bermakna.

Program Wacana Ilmu Siri 1 1

Berita penuh : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1098-program-wacana-ilmu-siri-1-pemahaman-dan-pemantapan-akidah-ahli-sunnah-wal-jamaah