Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Universiti Sains Malaysia, USM Pulau Pinang, 13 hingga 16 September 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) peringkat kebangsaan kali ke-21 tahun 2022. Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia peringkat kebangsaan kali ini telah di rasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi, Timbalan Ketua Pengarah [Pengurusan] JAKIM mewakili Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Pada majlis penutupan pula telah dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad yang turut memberi ucapan aluan. Manakala ucapan perasmian penutupan dan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang KESSUMA disempurnakan oleh YB Dato’ IR Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timb. Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Pada kali ini KESSUMA telah disertai oleh 14 negeri dengan keseluruhan kontinjen seramai 2060 orang. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu bola sepak, sepak takraw, badminton, ping pong, bola tampar dan bola jaring. Keseluruhannya, negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai johan setelah memperoleh 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Bahagian Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran KESSUMA pada kali ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang dan insyaAllah kita akan berjumpa pada KESSUMA akan datang. Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Badminton Lelaki
Johan : Pahang
Naib Johan : Kedah
Ketiga : Terengganu
Ketiga : Kelantan

Badminton Perempuan
Johan : Selangor
Naib Johan : Perak
Ketiga : Kelantan
Ketiga : Terengganu

Sepak Takraw
Johan : Kedah
Naib Johan : Pulau Pinang
Ketiga : Perak
Ketiga : Selangor

Ping Pong Lelaki
Johan : Kelantan
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Pulau Pinang
Ketiga : Selangor

Ping Pong Perempuan
Johan : Selangor
Naib Johan : Terengganu
Ketiga : Kedah
Ketiga : Pahang

Bola Tampar Lelaki
Johan : Kelantan
Naib Johan : Melaka
Ketiga : Terengganu
Ketiga : Kedah

Bola Tampar Perempuan
Johan : Terengganu
Naib Johan : Kelantan
Ketiga : Johor
Ketiga : Perak

Bola Jaring
Johan : Terengganu
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ketiga : Pahang
Ketiga : Selangor

Bola Sepak
Johan : Kelantan
Naib Johan : Perak
Ketiga : Kedah
Ketiga : Selangor

Johan Keseluruhan : Kelantan Darul Naim

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 1

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 2

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 3

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 4

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 5

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 6

KESSUMA Ke 21 Tahun 2022 7