Kurator Berita : Darul Quran
25 September 2022 - Seramai 40 orang pelajar Semester Lima Syukbah Qiraat telah berkampung di Ulu Sepetang, Taiping selama 3 hari 2 malam (23-25 September 2022) bersama-sama dengan anak-anak yatim Rumah Nur Kasih Ulu Sepetang. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya riadah bermodul, penerapan asas-asas fardu ain, malam kebudayaan, ceramah selepas Solat Maghrib, sesi gotong-royong bersama-sama dengan warga kampung dan lain-lain.

Program khidmat masyarakat ini merupakan sebahagian daripada tugasan kursus bagi Program Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat Semester Lima di bawah kod Kursus MPU 2412 Jabatan Pengajian Umum, Seksyen Pengajian Am, Cawangan Akademik Darul Quran. Antara tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menimba ilmu mengenai konsep bersosial bersama masyarakat dan bersikap mulia terhadap orang lain.

Majlis penutupan program khidmat masyarakat ini telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Khaled bin Abdullah, Penasihat Program Khidmat Masyarakat. Turut memberikan ucapan aluan ialah Pengerusi Masjid Mohd Ali Rouse, Ulu Sepetang. Semoga dengan pelaksanaan program khidmat masyarakat ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Kampung Ulu Sepetang, Taiping.

Pelajar DQ Menabur Bakti Di Kg Ulu Sepetang Taiping

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=635