Kurator Berita : Darul Quran
27 September 2022 – Dalam usaha mendapatkan perakuan hafazan pelajar, delegasi Darul Huffaz Pusat Latihan Kemahiran TATI telah mengadakan lawatan kerja ke Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu. Objektif lawatan ini diadakan ialah untuk membincangkan pelaksanaan program pengujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi pelajar-pelajar mereka.

Darul Huffaz Pusat Latihan Kemahiran TATI telah diwakili oleh tiga orang pegawai diketuai Ts. Dr. Mohd Najib bin Muhamed, Pengurus Besar TATI Skills, Ustaz Ahmad Wafee bin Sulaiman, Pengetua Darul Huffaz TATI Skills dan seorang wakil pengajar. Sesi perbincangan antara kedua pihak telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali.

Kesimpulan daripada pertemuan ini, Darul Quran menyambut baik hasrat Darul Huffaz TATI Skills untuk menganjurkan peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak Darul Quran. Peperiksaan STM ini dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Darul Huffaz TATI Skills Hasrat Anjur STM

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=638