Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Palu, 10 Oktober 2022: Tiada apa yang hendak diungkapkan dengan kata-kata melainkan menitipkan ucapan terima kasih kepada seluruh saudara warga Malaysia yang telah membantu menyumbang daripada aspek kewangan untuk membina Masjid Ar Rahman di Balaroa Kota Palu. Itulah perkataan yang keluar daripada lisan mereka ketika menyaksikan masjid berkenaan telah dirasmikan secara rasmi pada hari ini.

Majlis perasmin Masjid Ar Rahman telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Majlis perasmian ini juga telah diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Bapak Wali Kota, Kota Palu dan YBrs Dr Ahmad Sani bin Abdul Alim Araby, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). Turut hadir dalam majlis ini wakil Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan juga penduduk keluharahan Balaroa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi )dalam ucapan perasmian melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis ini terutamanya Bapak Wali Kota yang meluangkan waktu untuk hadir dalam majlis perasmian ini. Ini membuktikan bahawa ikatan persaudaraan antara dua negara terus utuh.

Sementara itu Bapak Wali Kota dalam ucapan mengucapkan jutaan kasih kepada kerajaan Malaysia dan seluruh rakyatnya yang telah mengambil peduli tentang kesusahan dan penderitaan penduduk di Palu akibat daripada bencana dahsyat yang melanda. Akhirnya hasrat penduduk di sini dapat menikmati kemudahan masjid baru yang lebih selesa dapat direalisasikan. Atas nama bangsa serumpun maka ikatan ukhuwwah ini perlu diteruskan.

Dengan perasmian masjid ini, maka lengkaplah misi Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Menteri Di Jabatan Perdana Menterit(HEA) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk merasmikan empat buah masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Semoga ianya menjadi amal jariah kepada semua penyumbang dalam merealisasikan pembinaan empat buah masjid ini.

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 1

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 2

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 3

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 4

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 5

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 7

Ukhuwwah Antara Malaysia Dan Indonesia 8