Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Bengkel Verifikasi Data Maklumat KAFA Kelantan Tahun 2022 telah diadakan pada 27 September 2022 bertempat di Pejabat PERKAFA Paloh, Tanah Merah, Kelantan. Bengkel anjuran Unit Data dan Kokurikulum, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan ini diakan bertujuan Pengemaskinian data dan maklumat berkenaan premis KAFA, murid dan guru KAFA di peringkat daerah seluruh Negeri Kelantan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada 30 orang Penyelia KAFA seluruh Negeri Kelantan.

Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat memperkemaskan lagi laporan data KAFA yang terkini di seluruh Negeri Kelantan bagi tahun 2022.

Bengkel Verifikasi Data KAFA Kelantan 2022 1

Bengkel Verifikasi Data KAFA Kelantan 2022 2

Bengkel Verifikasi Data KAFA Kelantan 2022 3