Kurator Berita : Bahagian Dakwah
KUALA LUMPUR, 20 OKTOBER 2022: Persidangan Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Persidangan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah berjaya menarik peserta dari setiap negeri dengan pelbagai agensi dan kementerian termasuklah Pusat Islam IPTA dan IPTS, koperasi kariah masjid dan NGO dengan bertemakan “Masjid Sebagai Pusat Dakwah dan Kemasyarakatan”.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Paduka Mahmood Zuhdi bin Ab Majid, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) serta YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, JAKIM.

Penganjuran persidangan ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan kefahaman dalam kalangan pentadbir masjid berkenaan matlamat menjadikan masjid sebagai pusat dakwah dan pembangunan komuniti. Terdapat empat kertas kerja pembentangan yang telah disampaikan iaitu:

  1. “Membina Jaringan Masjid Dalam Kerangka Menjadikan Institusi Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Dakwah”
    Oleh: YBhg. Prof. Dr. Amir Faisal Merican bin Aljunid Merican, Profesor Bioinformatik, Institut Sains Biologi, Universiti Malaya
  2. “Program Tranformasi Rumah Ibadat Hijau dan Matlamat Pembangunan Mampan”
    Oleh: YBrs. Dr. Mohammad Fairus Hamdan, Timbalan Pengerusi Masjid Zaid bin Harithah
  3. “Masjid dan Pengurusan Perubahan: Ke Arah Memperkasa Komuniti Digital”
    Oleh: YBhg. Prof. Madya Dr. Nurazzura Mohamad Diah, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  4. Mendayakan Transformasi Kepimpinan dan Melestarikan Keberkesanan Masjid Luar Bandar Berasaskan Kajian Impak - Baso Model Based Strategic Training at Felda Malaysia”
    Oleh: YBrs. Dr. Haji Mohamed Zakaria bin Mohamed Yahya, Pengerusi Dewan Masjid

Di samping itu, terdapat juga sesi perkongsian daripada tetamu jemputan, antaranya:
  1. YBhg. Datuk Hj. Jamal bin Tun Sakaran, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

  2. YBrs. Tuan Haji Yasim Muhamed, Penasihat Myrich Dinasty Networks Sdn Bhd

  3. YBrs. Tuan Haji Che Had bin Jasin, Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad

  4. YBrs. Tuan Haji Hanafi bin Haji Hamdani, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, Masjid Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam


Selain itu, persidangan ini turut diserikan dengan pelbagai pameran yang dijemput khas dari Pusat Islam UiTM Shah Alam, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Masjid Taman Temerloh Jaya, Pahang, Myrich Dinasty Networks Sdn Bhd, Koperasi Kariah Masjid Ar-Rashdiah Selama Perak Berhad, Koperasi Masjid Nurul Yaqin Kelana Jaya Berhad dan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).

Resolusi persidangan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Zakaria Stapa, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Persidangan Masjid Peringkat Kebangsaan 2022. Antara resolusi yang dibentangkan adalah cadangan supaya satu Pelan Strategik Pembangunan Masjid peringkat Kebangsaan diwujudkan bagi melaksanakan Projek Transformasi Masjid.

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 1

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 2

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 3

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 4

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 5

Persidangan Masjid Kebangsaan 2022 6