Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Alor Setar, 4-6 Oktober 2022: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah berjaya menganjurkan Persidangan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke 22 bertempat di Hotel Starcity Alor Setar Kedah. Persidangan kali ini memberi tumpuan terhadap kesalahan jenayah syariah yang berlaku di media sosial seperti kes - kes penghinaan agama.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang yang diundang daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bahagian Penyelidikan JAKIM. Penganjur turut mengundang wakil dari Jabatan Perkhidmatan Awam untuk menyampaikan taklimat berhubung pengukuhan perkhidmatan bidang penguatkuasaan agama dan pendakwaan syariah.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah BPPPS mewakili YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM manakala ahli persidangan terdiri daripada semua Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri dan semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia.

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 1

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 2

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 3

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 4

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 5

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 6

Persidangan Ketua Pendakwa Syarie Kali Ke 22 7