Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Alhamdulillah, seharian pada 16 November 2022 delegasi JAKIM yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan dan pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam berada di Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi mengadakan kunjungan hormat pada sesi pagi kepada Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi, JAINJ. Pada sesi petang, kunjungan diteruskan ke 2 buah premis KAFA di Sekolah Agama Bandar Johor Bahru dan Sekolah Agama Kampung Sungai Danga.

Tujuan lawatan kali ini adalah penting bagi mendapatkan penerangan berkenaan pengeoperasian KAFA di Johor dan mendapatkan pandangan berkaitan penambahbaikan perjawatan Guru KAFA.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik dengan JAINJ dalam usaha menambah baik pengurusan KAFA di Malaysia.

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 1

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 2

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 3

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 4

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 5

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 6

Kunjung Hormat JAKIM ke Bahagian Pendidikan JAIJ 7