Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
03 Januari 2022 (Selasa) | 'Ilaj Home, Mukim Bandar, Kuala Lumpur

Memulakan tahun baharu 2023, YBrs Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah mengadakan lawatan tapak ke 'Ilaj Home yang terletak di Mukim Bandar, Kuala Lumpur. Lawatan ini telah diurus setiakan oleh pihak JKR WP KL yg diketuai oleh YBhg. Dato' Norman bin Md Rabani (Pengarah JKR WP KL).

Sesi lawatan dimulakan dengan pembentangan Taklimat Projek Menyiapkan Baki Kerja 'Ilaj Home yang merupakan tujuan utama lawatan tapak ini diadakan. Ahli lawatan dimaklumkan baki kerja-kerja menyiapkan 'Ilaj Home telah sampai ke peringkat akhir dengan 0.5 peratus baki kerja-kerja fizikal. Turut sama menyertai lawatan tapak ini ialah YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail (Pengarah JAWI) dan YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani (Pengarah Bahagian KSK JAKIM) serta barisan pegawai daripada Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti (KSK) JAKIM, Cawangan Pembangunan Bahagian Kewangan JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Perdana Menteri (JPM) & Jabatan Kerja Raya (JKR) WP KL.

Pengisian 'Ilaj Home yang berkonsepkan perkhidmatan bimbingan kerohanian serta psikospiritual kepada para penghuni yang akan menerima rawatan kelak. Diharapkan pengoperasian 'Ilaj Home ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya berdasarkan manual yang telah dibangunkan oleh Bahagian KSK JAKIM yang mana pihak JAWI adalah jabatan yang akan mengendalikan urusan pengoperasian perkhidmatan.

Lawatan Tapak Ilaj Home 1

Lawatan Tapak Ilaj Home 2

Lawatan Tapak Ilaj Home 3

Lawatan Tapak Ilaj Home 4

Lawatan Tapak Ilaj Home 5

Lawatan Tapak Ilaj Home 10