Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang melibatkan 308 orang peserta dan 25 orang fasilitator dalam kalangan Sukarelawan Sosial Islam, Sukarelawan YOSH MyFundAction dan mahasiswa/siswi IPTA dan IPTS telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023 di Masjiz Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program dimulakan dengan Tilawah Al-Quran, Tadabbur dan Selawat yang dikendalikan oleh mahasiwa Darul Quran. Seterusnya Sembang Santai Anak Muda dengan tajuk "Awal Tahun atau Akhir Zaman" dengena penampilan panelis hebat iaitu YBrs. Dr Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga,Sosial dan Komuniti JAKIM dan Sdr. Muhammad Danish bin Khairi, Ketua Sektor Pendidikan, MyFundAction dan diserikan lagi dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalakan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM.

Antara program yang menarik perhatian mahasiswa/mahasiswi adalah Volunteer Outreach Community, Explorace Fastabiqulkhairat, Muhasabah Sejuta Bersujud, Qiamullail Fajar Sejuta Pemuda, dan bermacam-macam lagi aktiviti yang berkonsepkan kesukarelawanan.

Semoga program dua hari ini menjadi pemangkit semangat anak muda bagi mendepani ambang tahun baru dengan lebih berwawasan.

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 1

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 2

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 3

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 5

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 6

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 10

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 15

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 16

Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 Bersama Sukarelawan 17