Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
19 Jan- Ahli Jawatankuasa dan ahli Badan Kebajikan Islam (BKI) Kementerian Kewangan Negeri Sabah telah mengadakan lawatan dan kunjungan ke ibu pejabat JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya. Seramai 44 orang delegasi yang diketuai Tuan Haji Suhaib Bin Datuk Haji Ismail, Timbalan Setiausaha Kementerian Kewangan Negeri Sabah juga selaku Pengerusi BKI hadir pada hari ini. Kunjungan disambut oleh YBrs Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat, JAKIM.

Sesi pertemuan yang penuh mahabbah hari ini, selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, peserta juga mendapat input-input penting antaranya isu logo halal, program kerjasama dakwah dan latihan hal ehwal Islam untuk kepentingan bersama.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada memperkukuhkan aktiviti-aktiviti kebajikan Islam di kalangan peserta yang hadir. Sehingga berjumpa dan dapat bekerjasama lagi pada masa-masa akan datang dan didoakan semua peserta selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan urusan.

BKI Kewangan Sabah Minat Kerjasama Dengan JAKIM 1

BKI Kewangan Sabah Minat Kerjasama Dengan JAKIM 2

BKI Kewangan Sabah Minat Kerjasama Dengan JAKIM 3