Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit KAFA Daerah Jeli, Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK) Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Taklimat Penyelarasan KAFA Bil.1/2023 Daerah Jeli bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Jeli pada 19 Januari 2023 jam 9.00 pagi.

Sesi taklimat ini telah dihadiri 15 orang penyelaras KAFA sekolah. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan pengurusan KAFA bagi tahun 2023 di daerah Jeli teratur dan sistematik.

Diharapkan semua peserta mendapat pendedahan mengenai pengurusan KAFA dari sudut penyediaan tuntutan elaun, penyelarasan di sekolah dan hal-hal berkaitan difahami dengan jelas.

Taklimat Penyelarasan KAFA Bil1 2023 Daerah Jeli 1

Taklimat Penyelarasan KAFA Bil1 2023 Daerah Jeli 2

Taklimat Penyelarasan KAFA Bil1 2023 Daerah Jeli 3