Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Pemantauan, Bahagian Pendidikan, JAKIM telah mengadakan Program Pemantauan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Pahang Tahun 2020 dan 2021 pada 25, 26 dan 27 Januari 2023 bertempat di PUSAT PENGAJIAN RIBATH BA'ALAWI., Kuala Tekal, Temerloh, Sekolah Menengah Agama Chenor, Maran dan kuliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang Pemantauan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan penggunaan bantuan peruntukan berkenaan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Puan Jamilah Binti Muhammad Jamil (Ketua penolong Pengarah Cawangan Jaminan dan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM, Encik Mohd Yusof bin Sham, Encik Mohd Syaifuddin bin Sutan, dan Cik Amirah binti Mohemed Zharaubi, pegawai dari Unit Unit Pemantauan Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM. Turut sama dalam program ini ialah Pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Agama Islam Pahang (MAIP).

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa setiap institusi dapat menggunakan peruntukan dan melaksanakan setiap projek mengikut skop dan garis panduan yang telah diluluskan. Diharapkan peruntukan yang diterima dapat membantu pihak Institusi pendidikan Islam dapat beroperasi dengan lebih baik.

Pemantauan Peruntukan Institusi Pendidikan Islam Pahang 2020 2021 1

Pemantauan Peruntukan Institusi Pendidikan Islam Pahang 2020 2021 2

Pemantauan Peruntukan Institusi Pendidikan Islam Pahang 2020 2021 3

Pemantauan Peruntukan Institusi Pendidikan Islam Pahang 2020 2021 4