Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 2 Februari 2023, Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil.1/2023 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Syura Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai mewakili pihak berkuasa agama negeri dan pegawai Bahagian Pendidikan JAKIM seramai 30 Orang.

Antara agenda dalam mesyuarat ini ialah pembentangan dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan isu pendaftaran sekolah, pembentangan perancangan aktiviti kokurikulum sekolah agama tahun 2023 dan pembentangan peruntukan selenggara dan naiktaraf Institusi pendidikan Islam tahun 2023.

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 1

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 2

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 3

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 4

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 5

Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Sekolah Agama Bil 1 2023 6