Kurator Berita : Darul Quran
2 Februari 2023 - Kursus Kompetensi Juruaudit Dalaman ISO 37001:2016 (ABMS) dan ISO 21001:2018 (EOMS) telah berlangsung selama tiga hari bermula dari 31 Januari 2023 hingga 2 Februari 2023. Kursus yang diadakan di Dewan Perpustakaan Darul Quran ini telah melibatkan seramai 40 orang kakitangan Darul Quran dari pelbagai unit.

Dalam kursus ini, para peserta telah dipandu oleh penceramah jemputan iaitu Puan Suhaini Hassan dari Mercu Inovasi Training & Consulting. Antara pengisian sepanjang kursus berlangsung adalah pemahaman klausa-klausa berkaitan sistem audit dan manual kualiti. Puan Suhaini juga turut membantu Darul Quran dalam melakukan semakan prosedur kerja, senarai semak serta kaedah pendekatan audit.

Semoga dengan pelaksanaan kursus ini dapat memantapkan lagi kompetensi juru audit dalaman Darul Quran.

Juru Audit Dalaman DQ Selesai Kursus Kompetensi