Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Pemantauan, Bahagian Pendidikan, JAKIM telah mengadakan Lawatan Pemantauan Khas Peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam Negeri Perak Tahun 2022 pada 10 Februari 2023 di Sekolah Rendah Agama Rakyat Muhammadiah, Kg Dato Ahmad Said, Ipoh Perak. Pemantauan ini dibuat berikutan terdapat aduan tatacara pengurusan bantuan peruntukan yang telah diterima oleh sekolah.

Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Puan Jamilah Binti Muhammad Jamil (Ketua penolong Pengarah Cawangan Jaminan dan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM, Encik Mohd Yusof bin Sham, Encik Kamaruzzaman bin Husni, dan Cik Amirah binti Mohemed Zharaubi, pegawai dari Unit Unit Pemantauan Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM. Turut sama dalam program ini ialah Pegawai dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati terdapat salah faham dari pengadu berkenaan pengurusan bantuan agihan yang telah diterima oleh pihak sekolah menyebabkan aduan dibuat sedangkan pihak sekolah telah menggunakan peruntukan bantuan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pemantauan Peruntukan SRAR Muhammadiah KDAS Tambahan 2 2020 2021 1

Pemantauan Peruntukan SRAR Muhammadiah KDAS Tambahan 2 2020 2021 2\

Pemantauan Peruntukan SRAR Muhammadiah KDAS Tambahan 2 2020 2021 3

Pemantauan Peruntukan SRAR Muhammadiah KDAS Tambahan 2 2020 2021 4