Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tuan Haji Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik telah membuat Lawatan bersama Yayasan Islam Terengganu ke Sekolah Kebangsaan Telemong, Kuala Terengganu Pada hari Ahad, 12 februari 2023 yang lalu.

Lawatan yang dijalankan itu meninjau perjalanan Program KAFA di lokasi serta Membincangkan kerjasama dan menjelaskan perjanjian bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dipersetujui di peringkat dasar sebagai punca kuasa pelaksanaan Program KAFA di premis sekolah kebangsaan.

Diharapkan lawatan yang dijalankan ini dapat mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan keberkesanan Program KAFA di sekolah kebangsaan.

Lawatan Pengarah bersama YIT ke SK Telemong 1

Lawatan Pengarah bersama YIT ke SK Telemong 2

Lawatan Pengarah bersama YIT ke SK Telemong 3

Lawatan Pengarah bersama YIT ke SK Telemong 4

Lawatan Pengarah bersama YIT ke SK Telemong 5