Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
9 Februari, Putrajaya – Bengkel Kajian Keperluan Pengguna Sistem e-Jinayat Versi 4.0 (Modul Pendakwaan) telah dilaksanakan di Dewan Syura B, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel anjuran Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) JAKIM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat JAKIM tersebut telah melibatkan Ketua Pendakwa Syarie dan Pentadbir Sistem e-Jinayat di peringkat modul pendakwaan. Bengkel kajian keperluan ini bertujuan bagi membincangkan peningkatan aliran kerja Pendakwa Syarie terutamanya berkaitan dengan proses kerja kes rayuan.

Seramai 20 orang yang terdiri daripada Ketua Pendakwa Syarie dan Pentadbir Sistem e-Jinayat Modul Pendakwaan telah mengikuti bengkel tersebut. Perbincangan kajian keperluan tersebut telah dibimbing oleh Encik Shah Juhan bin Samuri.

Bengkel URS E jinayat Versi 4.0 Modul Pendakwaan 1

Bengkel URS E jinayat Versi 4.0 Modul Pendakwaan 2

Bengkel URS E jinayat Versi 4.0 Modul Pendakwaan 3

Bengkel URS E jinayat Versi 4.0 Modul Pendakwaan 4