Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
BANGI, 8 Februari 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam (USIM) yang diketuai oleh Dr. Haji Norakyairee Mohd Raus, Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (Ummi) Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah,USIM hari ini bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi. Turut hadir Puan Nurul Firdaus Rusli, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi berkaitan Sinergi Modul dan Latihan Dakwah OKU USIM-ILIM. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM hadir mempengerusikan sesi pertemuan ini.

Kunjungan Hormat Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum ke ILIM