Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
BANGI, 14 Februari 2023 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari yang diketuai oleh Puan Farahhida Azrin Jamaludin, Ketua Unit Integriti, RELA hari ini bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi. Turut hadir Encik Khairul Aswadi Kamarudin, Komandan Akademi Latihan RELA Malaysia.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi berkaitan pembangunan modal insan untuk melahirkan pegawai dan kakitangan yang kompeten, profesional, berhikmah, efisien dan berintegriti. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM hadir mempengerusikan sesi pertemuan ini.

Kunjungan Hormat Dari ALARM 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1167-kunjungan-hormat-dari-akademi-latihan-rela-malaysia-alarm-jabatan-sukarelawan-malaysia-rela-kementerian-dalam-negeri-ke-institut-latihan-islam-malaysia