Kurator Berita : Darul Quran
21 Februari 2023 - Tujuh institusi pengajian tinggi terlibat dalam program Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2023. Program Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2023 ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dalam dan juga di luar negara. Program ini telah diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran melibatkan para pelajar semester akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran serta Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Tujuh institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam program ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Kesemua institusi pengajian tinggi yang terlibat hadir ke Darul Quran bagi mempromosikan program pengajian yang terdapat di institusi masing-masing.

Semoga program sebegini dapat membuka mata para pelajar dan memudahkan urusan perjalanan mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam menggapai cita-cita.

Tujuh IPT sertai Hari Huffaz Selangkah ke Menara Gading 2023