Kurator Berita : Darul Quran
23 Februari 2023 - Seramai 27 orang pelajar Syukbah Hadith Kelas Ibnu Amir dan Khalaf Al-Asyir semester empat bersama seorang pensyarah pengiring telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Objektif utama lawatan ini diadakan supaya para pelajar terlibat dapat memahami dan mendalami mengenai undang-undang keluarga Islam.

Sebelum para pelajar menyertai sesi perbicaraan, wakil pihak mahkamah telah menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan mahkamah di Bilik Mesyuarat Utama. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Pendaftar, Yang Arif Tuan Salehan bin Yatim dan Ketua Unit Komunikasi Korporat, Encik Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri. Hadir bersama memberikan taklimat berkenaan penyelesaian konflik keluarga ialah dua orang Pegawai Syariah iaitu Yang Arif Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad dan Yang Arif Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin. Turut hadir menyantuni pelajar ialah Yang Arif Puan Noorbyetty binti Mohd Nasir dan Puan Zairatul Anati binti Miskon.

Melalui program lawatan sambil belajar ini diharapkan semoga para pelajar dapat menimba ilmu serta pengalaman baharu berkaitan undang-undang keluarga Islam.

Lawatan ilmiah pelajar Syukbah Hadith ke JKSM Selangor