Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Pemantauan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Pemantauan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Institusi Pendidikan Islam Tahun 2020 dan 2021 Negeri Terengganu pada 20 hingga 24 Februari 2023 yang lalu. Pemantauan ini dilaksanakan bertujuan bagi memastikan penggunaan bantuan peruntukan berkenaan digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Antara Institusi Pendidikan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Maahad Al-Tahfiz Wa Al-Dirasaat Al-Islamiyyah, Madrasah Tahfiz Al Islah Merang, Ma’had Tahfiz Al-Quran Al-Azahar, Madrasah Darul Ansar (Pondok Kenanga), Madrasah Moden Terengganu, Hulu Terengganu Dan Madrasah Darul Bayan (Pondok Pinang Merah).

Antara pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pemantauan ini ialah Encik Mohd Yusof bin Sham, Encik Mohd Syaifuddin bin Sutan dan Cik Amirah binti Mohemed Zharaubi, pegawai dari Unit Unit Pemantauan Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan JAKIM. Turut sama dalam pemantauan ini ialah Puan Nor Akma binti Mohamad, Penolong Kanan Pengarah, Pendidikan Islam Swasta, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan Encik Muhammad Bahruddin bin Sulong, Penolong Pengarah Pendaftaran dan Pembiayaan, Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu.

Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati bahawa setiap institusi dapat menggunakan peruntukan dan melaksanakan setiap projek mengikut skop dan garis panduan yang telah diluluskan. Diharapkan peruntukan yang diterima dapat membantu pihak Institusi Pendidikan Islam dapat beroperasi dengan lebih baik.

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 1

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 2

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 3

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 4

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 5

Pemantauan Peruntukan Persekutuan 2020 2021 Terengganu 6