Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 21 dan 24 Februari 2023, Unit Latihan, cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel Penyeragaman Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Guru Kafa Tahap 1 Siri 1 JAKIM bertempat di Dewan Akademik, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Bengkel yang berlangsung selama 4 hari ini telah dihadiri oleh peserta terdiri daripada Guru KAFA seramai 40 orang mewakili 14 negeri seluruh negara. Objektis bengkel yang didakan ini adalah bertujuan sebagai penambahbaikan penyediaan RPH Guru KAFA dengan panduan yang disediakan, menyelaras & menyeragamkan penyediaan RPH bagi semua Guru KAFA di seluruh Malaysia berpandukan kepada kurikulum KAFA yang disediakan.

Fasilitator bengkel yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini ialah pegawai dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI), Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dr. Muhamad Ziyad bin Mokhtar, Dr. Mohd Bakri bin Aziz , En.Badarudin bin Yatiban manakala seramai dua orang pegawai bahagian Pendidikan JAKIM turut sama sebagai Fasilitator iaitu En.Mohd Anuar bin Abd Rani dan Dr.Saadi bin Awang.

Diharapkan Bengkel yang diadakan ini dapat membantu memudahkan para guru untuk menyediakan RPH sebagai panduan guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang terarah dan seragam di seluruh Malaysia.

Bengkel Penyeragaman RPH Guru KAFA Tahap 1 Siri 1 2023 1

Bengkel Penyeragaman RPH Guru KAFA Tahap 1 Siri 1 2023 2

Bengkel Penyeragaman RPH Guru KAFA Tahap 1 Siri 1 2023 3

Bengkel Penyeragaman RPH Guru KAFA Tahap 1 Siri 1 2023 5