Kurator Berita : Darul Quran
28 Februari 2023 – Dalam usaha mengetengahkan pelajar-pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid yang berkebolehan untuk menjadi imam terawih di masjid-masjid utama di Wilayah Persekutuan, Darul Quran telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Pengurusan Masjid (BPM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kunjung hormat ini merupakan perbincangan awal antara Darul Quran dengan JAWI dalam usaha mewujudkan kerjasama strategik khususnya berkaitan Program SKM Bidang Pengurusan Masjid yang diadakan di Darul Quran.

Delegasi Darul Quran telah diwakili oleh pegawai-pegawai Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat. Sesi pertemuan ini pula telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan BPM JAWI, Ustaz Khairulnaim bin Ramli. Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada kedua agensi terutama bagi masjid-masjid agar dapat terus diperkasakan dalam segenap aspek.

DQ Hasrat Wujud Kerjasama Dengan Masjid JAWI

Sumber berita : Laman Sesawang Darul Quran JAKIM