Kurator Berita : Darul Quran
2 Mac 2023 - Bagi memastikan anak-anak pelajar Darul Quran sentiasa mendapat tempat dalam penyambungan akademik ke institusi pengajian tinggi dalam negara, Darul Quran dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan suatu perbincangan khas hari ini. Ia bertujuan membincangkan isu-isu teknikal berkenaan penyambungan pengajian pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan (AT36). Berdasarkan rekod, Darul Quran JAKIM dan UPSI telah menandatangani Memorandum Persefahaman sejak tahun 2017 bagi penawaran penyambungan program pengajian di peringkat Ijazah Pertama ke UPSI.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Sementara pihak UPSI diwakili oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Marzuqi bin Abdul Rahim, Dr. Mohammad Akramin bin Kamarul Zaman dan Encik Mohd Muaz bin Abd Hamid. Semoga perbincangan ini dapat menghasilkan keputusan yang bermanfaat buat anak-anak pelajar Darul Quran.

DQ Dan UPSI Bincang Isu Kemasukan Pelajar

Sumber berita : Laman Sesawang Darul Quran JAKIM