Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Setiu,3 Februari 2023-Yayasan Islam Terengganu Daerah Setiu dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Profesional Keguruan Guru KAFA di daerah Setiu tahun 2023 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurung,Setiu.

Kursus tersebut disertai seramai 60 orang guru KAFA di seluruh daerah Setiu yang dikendalikan oleh Ustaz Mansor bin Mohamad , Mursyi Jawi yang turut dihadiri oleh penyelia KAFA Dun Jabi,Puan Nazifah binti Ahmad.

Di antara slot pengisian kursus berkenaan adalah seperti mengenal huruf Jawi,suku kata terbuka tertutup,teknik menulis dan pengukuhan Jawi.

Kursus yang bermula pada jam 8.00 pagi itu tamat pada jam 5.00 petang diakhiri dengan majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada semua peserta kursus.

Di harapkan semoga dengan kursus itu dapat memantapkan lagi pengetahuan subjek Jawi kepada guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran KAFA.

Kursus Profesional Keguruan Guru KAFA Setiu 1

Kursus Profesional Keguruan Guru KAFA Setiu 2

Kursus Profesional Keguruan Guru KAFA Setiu 3

Kursus Profesional Keguruan Guru KAFA Setiu 4