Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
"Kemaman, 20 - 22 Februari 2023 - Yayasan Islam Terengganu Daerah Kemaman telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru KAFA Daerah Kemaman dengan jayanya.

Bengkel 3 siri itu diadakan di Dewan Masjid Geliga serta Dewan Syarahan Pejabat Agama Kemaman yang melibatkan seramai 382 orang peserta yang turut dianjurkan bersama oleh Persatuan Pendidik KAFA Kemaman (PPKK) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman (PPD).

Diantara objektif bengkel tersebut adalah guru dapat menentukan kaedah penyampaian yang fleksibal mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid serta dapat menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPc yang dijalankan supaya murid dapat mengikuti sesi PdPc secara optimum.

Pegawai Yayasan Islam Terengganu Daerah Kemaman, Ahmad Shamsuhaimi Bin Othman dalam ucapannya dalam majlis penutup menyatakan matlamat bengkel tersebut adalah bertujuan menjadi panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPc secara berstruktur dan terancang manakala pelajar dapat mengikuti PdPc secara optimum.

Bengkel Pemantapan PNP Guru KAFA Kemaman 2023 Siri 1 3 1

Bengkel Pemantapan PNP Guru KAFA Kemaman 2023 Siri 1 3 2

Bengkel Pemantapan PNP Guru KAFA Kemaman 2023 Siri 1 3 3

Bengkel Pemantapan PNP Guru KAFA Kemaman 2023 Siri 1 3 4

Bengkel Pemantapan PNP Guru KAFA Kemaman 2023 Siri 1 3 5