Kurator Berita : Darul Quran
17 Mac 2023 - Seramai 245 pelajar tahfiz profesional Maahad Tahfiz Negeri Pahang terdiri daripada tingkatan dua hingga lima serta guru-guru tasmik al-Quran telah mendengar taklimat berkaitan pengujian Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bertempat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sesi taklimat ini dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang di bawah seliaan Ustazah Nur Aslah binti Adenan dengan kerjasama Darul Quran JAKIM.

Tujuan taklimat ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan awal serta perkongsian tentang pelaksanaan STM yang dianjurkan oleh Darul Quran dalam usaha memberi perakuan hafazan kepada individu-individu yang telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat, Ustazah Fathin Nadhirah binti Saadon dan Ustaz Muhammad Nazim bin Siham. Antara perkara yang disampaikan adalah berkenaan proses permohonan, kaedah pelaksanaan peperiksaan, bahan-bahan rujukan dan lain-lain lagi.

Semoga usaha dan kerjasama ini dapat membantu usaha kerajaan dalam memartabatkan para huffaz di Malaysia khususnya pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Di samping itu dapat menambahkan lagi penyertaan peserta untuk menduduki peperiksaan STM yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

DQ Sampaikan Taklimat STM Kepada Para Huffaz Maahad Tahfiz Negeri Pahang