Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
1 April 2023 (Sabtu), Masjid Selat Melaka - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Sime Darby, Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Masjid Selat Melaka bersama rakan-rakan strategik iaitu Syarikat Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan Syarikat Loob Integrated Sdn Bhd telah menganjurkan Program Maghfirah Ramadan Komuniti Disayangi : Memburu Keampunan Menggapai Ketaqwaan di Masjid Selat Melaka.

Program ini bertujuan untuk menyantuni 200 orang Komuniti Disayangi yang terdiri daripada Komuniti Hijrah, Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS (PLHIV), klien dadah, remaja juvana dan NGO Sosial Islam dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan bacaan al-Quran, pengisian kerohanian iaitu Slot Ramadan Challenge dan Slot Sembang Santai serta penyampaian sumbangan Ramadan disamping mewujudkan kolaborasi strategik dengan semua pihak yang terlibat.

Majlis perasmian program ini dimulakan dengan penyampaian ucapan aluan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Seterusnya majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, wakil rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut diserikan lagi dengan kedatangan YBhg. Datuk Salhah binti Salleh Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Ketua-ketua Bahagian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), wakil-wakil penaja daripada Yayasan Taqwa - MAIWP, Yayasan Sime Darby, Yayasan Ihtimam Malaysia, Kilang Makanan Mamee Sen Bhd, Syarikat Loob Integrated Sdn Bhd, serta Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Selat Melaka.

Sesi penyampaian sumbangan terbahagi kepada 4 jenis sumbangan iaitu Sumbangan Wang Tunai berjumlah RM20,000.00 oleh Majlis Agama Islam Melaka dan Yayasan Taqwa, Sumbangan Barangan Ramadhan oleh Majlis Agama Islam Melaka yang bernilai RM5,000.00 kepada 25 institusi yang terdiri daripda pertubuhan, rumah perlindungan dan NGO Sosial Islam, Sumbangan Hamper Ramadan Challenge oleh Yayasan Ihtimam Malaysia yang bernilai RM2,000.00 dan Sumbangan Barangan Keperluan Asas bernilai RM73,000.00 oleh pihak Yayasan Sime Darby juga kepada 15 institusi terpilih yang terdiri daripada pertubuhan, rumah perlindungan dan NGO Sosial Islam.

Majlis juga diteruskan lagi dengan penyerahan simbolik tajaan daripada Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan Syarikat Loob Integrated Sdn Bhd kepada wakil peserta.

Sekalung perhargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka, Yayasan Taqwa, Yayasan Sime Darby, Yayasan Ihtimam Malaysia dan rakan-rakan strategik daripada Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd dan Syarikat Loob Integrated atas kerjasama padu yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Diharapkan program yang dilaksanakan ini dapat memberi sinar harapan kepada komuniti yang memerlukan di dalan bulan Ramadan. Semoga jalinan kerjasama bersama semua pihak terlibat dapat diteruskan pada masa akan datang.
Maghfirah Ramadan1
Maghfirah Ramadan3
Maghfirah Ramadan4Maghfirah Ramadan5
Maghfirah Ramadan6
Maghfirah Ramadan7
Maghfirah Ramadan8
Maghfirah Ramadan9
Maghfirah Ramadan10