Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
KELANTAN - Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK), Unit Latihan telah mengadakan Kursus Guru KAFA Baharu daerah Kota Bharu pada 14 Mac 2023.

Kursus ini diadakan di Dewan Siti Aishah, Sekolah Rendah Agama (SRA) Tengku Amalin A’isyah Putri, Kota Bharu yang melibatkan seramai 72 orang guru KAFA baharu.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru KAFA baharu berkaitan dengan ilmu pedagogi dan menekankan kepada mereka tentang pematuhan etika sebagai penjawat awam.

Diharapkan semua guru KAFA yang terlibat agar dapat mengaplikasikan ilmu pedagogi yang telah dipelajari dalam kursus ini dan dapat menggunakannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

Latihan Pemantauan
Latihan Pemantauan2
Latihan Pemantauan3
Latihan Pemantauan4
Latihan Pemantauan5