Kurator Berita : Darul Quran
7 Mac 2023 - Pusat Islam Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Rohani PERKEMAT Darul Quran telah menganjurkan ceramah "Ramadan: Bulan Perubahan dan Perjuangan" bagi menyambut kedatangan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ulama' Al Juwaini, al-Fadil Ustaz Ahmad Syamil bin Md Esa dan telah dihadiri oleh para pelajar Darul Quran.

Penceramah telah berkongsi berkenaan kemuliaan dan fadilat al-Quran yang mana merupakan rahmat terbesar daripada Allah SWT buat sekalian alam. Firman Allah Taala :

الرحمن ﴿١﴾ علم القرءان ﴿٢﴾

Maksudnya:

"(Allah) Yang Maha Pengasih (1). 

Yang telah mengajarkan al-Quran (2)."

Selain itu, penceramah juga menekankan tentang pentingnya penyucian jiwa serta hasil yang dapat kita perolehi sepanjang menjalani tarbiah Ramadan bagi mencapai "قلب سليم" dan "نفس مطمئنة".

Semoga bulan Ramadan kali ini menjadi madrasah ruhiyyah buat kita semua dalam memperbaiki serta menguatkan hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta.

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 1 1

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 2

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 3

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 4

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 5

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 6

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 7

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 8

Pusat Islam DQ Anjur Ceramah Di Ambang Ramadan 9