Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 11 APRIL 2023 - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil.1/2023 bertempat di Dewan Syura, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM, dan dihadiri oleh sebanyak 20 agensi melibatkan Agensi, Kementerian dan NGO seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Malaysian Alliance of Civil Society Organisations (MACSA) dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Antara yang dipersetujui dalam mesyuarat pada kali ini adalah penekanan terhadap pemerkasaan aspek advokasi dan pendidikan pencegahan, dakwah dan bimbingan, serta penguatkuasaan dan penyelidikan berkenaan isu LGBT dalam kalangan mereka yang beragama Islam di negara ini. Kerjasama padu antara semua agensi yang terlibat ini diharapkan dapat menangani isu LGBT demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 1

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 3
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 2
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 5
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 6
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 7
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 8
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 9
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 10
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 11
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 12
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Berkenaan Isu Lesbian Gay Biseksual dan Transgender Yang Beragama Islam Di Malaysia Bil 12023 13