Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysian (JAKIM), melalui Bahagian Pendidikan Unit Akademik telah mengadakan Mesyuarat Kerja Semakan Naskhah Contoh Buku Teks KAFA Tahun 5 JAKIM pada 5-8 April 2023 bertempat di Travelodge Hotel Ipoh, Perak.

Seramai 44 orang peserta yang telah menghadiri mesyuarat ini dan terdiri dari Agensi Pelaksana KAFA Negeri, Darul Quran JAKIM, guru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan beberapa pegawai dari JAKIM.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Tuan Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. Di dalam ucapan beliau telah menyatakan bahawa buku teks merupakan sumber terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. Buku teks juga menjadi sumber rujukan utama bagi guru-guru dan murid-murid untuk mencapai objektif PdP di dalam bilik darjah. Selain itu,tujuan utama penyeragaman penggunaaan buku teks KAFA seluruh negara dibuat adalah untuk menyeragamkan urusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta mewujudkan keseragaman dalam pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Antara perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini adalah memastikan naskhah contoh buku teks JAKIM tahun 5 ini adalah yang berkualiti, menyemak ilustrasi naskhah contoh yang dihantar supaya ianya sesuai dengan buku teks KAFA JAKIM Tahun 5 dan membuat penilaian dalam pemilihan buku yang terbaik untuk dicadangkan kepada pengurusan tertinggi JAKIM bagi cetakan buku teks KAFA JAKIM tahun 5. Diharapkan mesyuarat ini dapat mencapai hasrat semua pihak dalam pemilihan buku teks KAFA tahun 5 dengan sebaiknya.

Mesyuarat Kerja Semakan Naskhah Contoh Buku Teks Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Kafa Tahun 5 Jakim 1

Mesyuarat Kerja Semakan Naskhah Contoh Buku Teks Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Kafa Tahun 5 Jakim 2

Mesyuarat Kerja Semakan Naskhah Contoh Buku Teks Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Kafa Tahun 5 Jakim 3