Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
6 MEI 2023 - Kuala Lumpur, Program Tanggungjawab Sosial Korporat bersempena Hari Jururawat Sedunia yang telah dianjurkan oleh pihak Hospital Pakar An-Nur dengan kerjasama strategik Sekolah Tunas Bakti Sg Besi dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan 120 orang peserta dalam kalangan pelajar dan kakitangan Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi, kakitangan Hospital Pakar An-Nur, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM serta Sukarelawan Sosial Islam.

Program ini merupakan rentetan daripada 3 siri ceramah iaitu Pertolongan Awal Kecemasan (First Aid), Bijak Makan, Istimewanya Ramadan dan Lawatan Kerjaya sebagai Jururawat di Hospital Pakar An-Nur.

Bersempena dengan Hari Jururawat Sedunia, satu perlawanan Bola Sepak dan Badminton telah diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara rakan kerjasama. Seterusnya Slot Jiwa Baik Challenge yang dikendalikan oleh Sukarelawan Sosial Islam JAKIM bagi memberikan pengisian kerohanian berkaitan syukur dan ihsan dalam bentuk game interaktif dan latihan dalam kumpulan.

Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, YBrs. Puan Siti Azifah binti Mohamed, Pengurus Jururawat Hospital Pakar An-Nur dan YBrs. Tuan Mohd Fuad bin Mohd Ali, Pegawai Psikologi Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi.

Semoga usaha dan jalinan kerjasama antara semua agensi dalam menjayakan program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 1 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 2 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 3 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 5 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 4 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 6 min

Jiwa Baik Challenge bersempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hospital Pakar AnNur 7 min