Kurator Berita : Bahagian Penerbitan
PBAKL23 1

26 Mei – 04 Jun 2023 (Jumaat – Ahad)
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penerbitan telah menjayakan Program Ekspo Buku JAKIM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-40 Tahun 2023 (PBAKL23) yang berlangsung selama 10 hari di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Pelbagai acara telah disusun sebagai pengisian dalam Program Ekspo Buku JAKIM sempena PBAKL23 termasuklah 11 Siri Segmen Resensi Buku Pilihan Pelanggan, 3 Siri Segmen Kenali JAKIM, Kuiz Bersama Pelanggan, Cabutan Bertuah (khusus untuk pembeli buku), Anugerah Pembeli Buku JAKIM Terbanyak sepanjang PBAKL23, Tawaran Berwakaf  1 Juta Al-Quran dan Edaran Borang Soal Selidik Cadangan Penambahbaikan Penerbitan JAKIM.

Acara kemuncak bagi program ini adalah Majlis Pelancaran Buku Baharu, Pakej Promosi Kombo dan Penyerahan Sumbangan Wakaf Buku-Buku Terbitan JAKIM yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 di Pentas Utama PBAKL23, Aras 2, WTCKL.

Sejumlah hampir 5,000 orang pengunjung telah melawat dan membeli buku-buku terbitan JAKIM menjadikan program ini telah berjaya melepasi sasaran hasil jualan yang ditetapkan. Dengan membawa misi #DaripadaTintaMembentukJiwa, JAKIM akan terus komited menyebarluaskan manfaat daripada hasil-hasil penulisan yang telah diterbitkan melalui pelbagai platform selaras dengan misi Jabatan untuk “Memperkukuh Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah Kesejahteraan Ummah”.

PBAKL23 10 2

PBAKL23 2

PBAKL23 3

PBAKL23 4

PBAKL23 5

PBAKL23 6

PBAKL23 7

PBAKL23 8

PBAKL23 9

PBAKL23 11