Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 1

Port Dickson, Negeri Sembilan : Selasa - Khamis (13-15 Jun 2023),
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah menganjurkan Kursus Training of Trainers (ToT) Penceramah & Fasilitator Program MyInsaniah Siri 2/2023 "Modul Kepimpinan" telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan jayanya di Ancasa Residences, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus ini telah disertai oleh 36 orang merupakan pegawai dari ibu pejabat JAKIM dan kader JAKIM di agensi di Semenanjung Malaysia (Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Agama Islam Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)) serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang.

Kursus yang bertujuan melatih bakal penceramah dan fasilitator Program MyInsaniah bagi pengisian Modul Kepimpinan yang akan membimbing para peserta di kalangan belia yg bakal menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan yang mnerapkan konsep Al-Qawiyyul Al-Amin. Pelbagai pengisian yang diadakan bagi melatih bakal-bakal fasilitator MyInsaniah terdiri daripada aktivit Ice Breaking, slot ilmu, explorace dan riadah bermodul yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih hebat dari kalangan pegawai JAKIM.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Ustazah Zalina binti Long, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, JAKIM dengan penyampaian sijil penyertaan kepada penceramah, fasilitator dan peserta yang terlibat.
Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 2

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 3

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 4

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 5

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 7

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 8

Kursus Training Of Trainers Penceramah Fasilitator Program Myinsaniah Siri 2 2023 Modul Kepimpinan 9