Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUALA LUMPUR, 17 JUN 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti telah bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Masjid Al-Ubudiah Segambut Dalam Kuala Lumpur bagi menjayakan Program Ilmu dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat : Kembara Nurani

Program sehari bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini melibatkan remaja yang dikenakan perintah khidmat masyarakat oleh pihak JKM. Seramai 25 orang peserta telah hadir program tersebut.

Program dimulakan dengan aktiviti pembersihan masjid. Antara khidmat yang dijalankan oleh para peserta ialah mengecat bangunan masjid, menyemai benih pokok, membersihkan bilik pengurusan jenazah serta mencuci peralatan masjid. Peserta kemudiannya mengikuti kelas bimbingan agama yang disampaikan oleh Mohd Mustafidurrohman bin Mohd Syahroni, PHEI Istana negara yang berkisar tentang pratikal wuduk, kepentingan solat dan klinik Al-fatihah.

Selepas berehat makan tengahari dan solat zohor, peserta mengikuti slot Latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh Fasilitatot dari bahagian keluarga social dan komuniti JAKIM. Semoga program yang dijalankan ini dapat membantu dalam menimbulkan keinsafan dan menyuntik kesedaran Pelatih PKM agar tidak mengulangi kesalahan lalu melalui penghayatan nilai dan amalan kerohanian serta melahirkan Pelatih PKM yang mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi.

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 1

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 2

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 3

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 4

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 5

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 6

Program Ilmu Dan Bakti Perintah Khidmat Masyarakat Kembara Nurani 7