Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

PUTRAJAYA , 8 JULAI 2023 – Pada hari Sabtu 8 Julai 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat An-Nur, Blok B Kompleks Islam Putrajaya telah berlangsung Program Bengkel Training Of Trainers (TOT) Manual Komuniti Hijrah (Lesbian dan Gay) yang telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program yang merupakan anjuran Bersama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan Pertubuhan Wanita dan Remaja Advokasi Keluarga Malaysia (WARAK MALAYSIA) bertujuan antaranya bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai permasalahan isu LGBT (Lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan memberi kefahaman mengenai Manual Komuniti Hijrah serta bertukar-tukar pandangan berkaitan penambahbaikkan terhadap aktiviti-aktiviti pencegahan permasalahan LGBT.

Program dimulakan dengan perkongsian oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM dengan kupasan tajuk “Menangani LGBT dari sudut perspektif Islam. Peserta Kemudiannya pada slot yang kedua diberikan pendedahan pula mengenai tajuk “Menangani LGBT dari sudut Perspektif Perubatan” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar, Professor Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Di sebelah petang pula peserta menjalani sesi latihan dalam kumpulan LDK berkisarkan penyelesaian masalah berkaitan situasi dan permasalahan Klien yang mempunyai masalah Isu LGBT.

Majlis perasmian penutup kemudiannya disempurnakan oleh YBrs. Pn. Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM pada jam 4.30 petang. Semoga dengan bengkel yang diadakan ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan dalam penyelesaian Isu LGBT kepada para peserta yang hadir yang merupakan wakil NGO WARAK Malaysia dari seluruh negara.

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay1 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay2 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay3 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay4 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay5 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay6 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay7 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay8 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay9 min

Bengkel Training Of Trainers Manual Komuniti Hijrah Lesbian Dan Gay10 min