Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Julai 2023, Kota Iskandar – Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Konvensyen dengan tema “Penguatkuasaan Jitu, Pendakwaan Padu” tersebut telah diadakan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar dan dihadiri hampir 200 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Negeri Seluruh Malaysia.

Majlis perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Turut hadir ke Konvensyen tersebut, Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Tuan Zulkifli bin Mohammad, Ketua Penguat Kuasa Agama Negeri Johor dan Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri serta Ketua-Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri.

Konvensyen tersebut telah menampilkan tiga orang pembentang kertas kerja iaitu Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Dekan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia dengan tajuk Memperkasa Ahli Sunnah Wal-Jamaah, Tuan Ramzi bin Osman, Timbalan Pengarah Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang Jabatan Peguam Negara dengan tajuk Penguatkuasaan Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam di Negeri-Negeri, dan ACP Zuraimi bin Zam Zam, Ketua (D10) Makmal Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia dengan tajuk Forensik dan Kepentingannya Dalam Kes Jenayah Syariah.

Untuk rekod, objektif Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan tahu 2023 adalah untuk memperkukuhkan pemahaman dan pengetahuan Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie terhadap isu-isu semasa perundangan Syariah di Malaysia di samping dapat berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman serta pandangan antara Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pendakwa Syarie negeri-negeri dalam perkara penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan Syariah.

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 1 min

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 2 min

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 3 min

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 4 min

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 5 min

Konvensyen Pegawai Penguat Kuasa Agama Dan Pendakwa Syarie Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 6 min