Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
4 Ogos 2023 | Labuan - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 2/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Banyak isu telah dibincangkan antaranya proses penjabatanan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan perkara-perkara berkaitan penyelarasan pendakwaan.

Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah memantau pencapaian pertengahan tahun dan program-program akan datang bagi Jabatan Pendakwaan Syariah seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.
Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 1 min

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 2 min

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 3 min

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 4 min

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 5 min

Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil 2 2023 6 min