Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

24 Ogos 2023, Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia Bil.2/2023 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang menjadi medium perbincangan penyelarasan tindakan pelaksanaan gerak kerja penguatkuasaan seluruh Malaysia tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri-Negeri.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk pemerkasaan Pegawai Penguat Kuasa Agama dari aspek pengetahuan dan kemahiran perundangan serta tindakan-tindakan penguatkuasaan yang boleh diselaraskan dengan negeri-negeri bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Slogan “Biasakan Yang Betul dan Betulkan Yang Biasa” antara bait-bait perkataan yang telah diungkapkan oleh YBrs. Tuan Pengerusi dalam Mesyuarat itu.
Penyelarasan Tindakan Penguatkuasaan Melalui Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama bik 2 2023 1

Penyelarasan Tindakan Penguatkuasaan Melalui Mesyuarat Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama bik 2 2023. 2