Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2023 – Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Mesyuarat dan Lawatan Penanda Aras (Benchmark Visit) Penyelidikan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seramai enam orang penyelidik daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah hadir dalam pertemuan ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Bukhari bin Md Akhir, Timbalan Pengarah Bahagian Dasar Kemajuan Islam dan turut dihadiri oleh Pengarah serta Pegawai-Pegawai Kanan daripada Bahagian Maqasid Syariah.

Objektif utama mesyuarat dan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pelaksanaan Indeks Syariah Malaysia yang telah dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini. Kumpulan penyelidik ini sedang menjalankan penyelidikan yang bertajuk “Pembinaan Indeks Maqasid Syariah (IMS) Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam”.  

Agenda mesyuarat dan lawatan ini telah dimulai dengan taklimat ringkas oleh pihak JAKIM berkaitan latar belakang dan penubuhan Indeks Syariah Malaysia, pembentangan hasil kajian serta disusuli dengan taklimat daripada wakil penyelidik daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei berkenaan hasrat untuk menubuhkan dan melaksanakan Indeks Maqasid Syariah di negara tersebut. Semoga segala perkongsian pandangan dan pengalaman JAKIM dalam melaksanakan Indeks Syariah Malaysia dapat membantu melancarkan proses pelaksanaan penyelidikan yang sedang dilaksanakan oleh para penyelidik dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.

Mesyuarat Dan Lawatan Penanda Aras Benchmark Visit Penyelidikan Dari Negara Brunei Darussalam 1

Mesyuarat Dan Lawatan Penanda Aras Benchmark Visit Penyelidikan Dari Negara Brunei Darussalam 2

Mesyuarat Dan Lawatan Penanda Aras Benchmark Visit Penyelidikan Dari Negara Brunei Darussalam 3