Kurator Berita : Bahagian Dakwah
27 Ogos 2023- SDK JAKIM, meneruskan lagi jejak kasih Keluarga Malaysia Madani bagi program tautan kasih dan menyampaikan bantuan kepada penduduk perkampungan Rumah Panjang Kampung Sg. Gamuan, Bintangor Sarawak. Program Ziarah Tautan Kasih pada kali ini berfokus kepada penduduk setempat yang menetap di rumah paniang. Perjalanan ke perkampungan rumah panjang ini melalui jalan darat selama 1 jam 30 minit dari lapangan terbang Sibu.Manakala penghuni rumah panjang ini merupakan keturunan etnik Iban.

Ziarah Tautan Kasih serta ramah mesra dan penyampaian sumbangan daripada Tabung Musaadah (JAKIM, DRB HICOM, MAS Berhad , Bank Islam Malaysia Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Telekom Berhad dan Yayasan Taqwa) merupakan program tahunan secara bersama agensi kerajaan dan swasta. Sumbangan dalam pelbagai bentuk barangan keperluan, sebanyak 300 pek bagi 42 pintu rumah panjang untuk kegunaan harian penduduk dan bantuan bagi masjid serta surau.

Rombongan SDK JAKIM yang diketuai oleh Ybrs. Tuan Haji Ruslan bin Said bersama rombongan pada kali ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti menziarahi penduduk, ramah mesra bersukan, klinik fardu ain, mini forum, persembahan budaya masyarakat setempat.Selain itu juga rombongan SDK JAKIM datang bagi menyambung silaturrahim antara JAKIM, SDK bersama penduduk setempat. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan yang amat baik dari penduduk setempat.Tujuan tabung musaadah diwujudkan untuk bantu seluruh rakyat malaysia B40 dan asnaf serta mereka yang memerlukan. Cabaran dan liku perjalanan diharungi team SDK JAKIM sampai ke lokasi bagi menziarahi saudara muslim yang jauh di pendalaman. Semoga program ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dan ukhwah SDK JAKIM dan masyarakat setempat bagi merealisasikan masyarakat Malaysia Madani.
#MalaysiaMadani
#planalfalah

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 1

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 2

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 3

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 4

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 5

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 6

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 7

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 8

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 9

Jakim Dan Korporat Menyantuni Masyarakat Sarawak 10