Kurator Berita : Darul Quran
18 Ogos 2023 – Seramai 240 orang pelajar semester satu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran telah mengikuti Bengkel Panduan Kerja Kursus. Bengkel yang dianjurkan oleh Lajnah Pendidikan PERKEMAT ini telah diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor. Kesemua peserta telah dibimbing oleh Ustazah Nadia Zammil binti Md Nasir, pensyarah Jabatan Syariah Darul Quran. 

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar dalam membuat kerja kursus dengan menggunakan format yang betul. Perkongsian ini membantu pelajar-pelajar Program Diploma semester satu yang tidak asing dengan kerja kursus ini.

Semoga bengkel panduan kerja kursus ini dapat memberi impak kepada para pelajar untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah dengan baik tanpa sebarang permasalahan terutama dari segi pengurusan masa.

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 1

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 2

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 3

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 4

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 5

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 6

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 7

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 8

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 9

240 Pelajar Semester Satu DQ Sertai Bengkel Panduan Kerja Kursus 10