Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA , 8 SEPTEMBER 2023 – Sesi Perkongsian Modul Jauhi Pornografi dan Bijak Siber Malaysians Against Pornoghraphy telah berjaya dilaksanakan di dalam Program Srikandi Dunia Bidadari Syurga (SRIKANDI) pada 8 September 2023(Jumaat) di SMK Presint 16(1) Putrajaya yang melibatkan 500 orang pelajar perempuan tingkatan 1 hingga 5.

Program ini merupakan program kerjasama antara JAKIM, Malaysian Against Pornography , pihak SMK Presint 16(1) Putrajaya dan Sukarelawan Sosial Islam yang juga Rakan Sukarelawan MAP Putrajaya.

Penyampaian modul ini telah disampaikan Ustazah Illani binti Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM selaku penceramah dan dibantu oleh para sukarelawan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. InsyaAllah beberapa program berkala dengan SMKPP 16(1) sudah dirancang dan akan diperhalusi untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

Program Srikandi Dunia Bidadari Syurga Srikandi Maruahku Tiada Galang Ganti 1

Program Srikandi Dunia Bidadari Syurga Srikandi Maruahku Tiada Galang Ganti 2

Program Srikandi Dunia Bidadari Syurga Srikandi Maruahku Tiada Galang Ganti 3